2018 Winter Olympic

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 (Bahasa Korea: 제23회 동계 올림픽, translit. Je-isipsamhoe Donggye Ollimpik, Bahasa Inggeris: XXIII Olympic Winter Games, Sukan Musim Sejuk Olimpik ke-23) ialah temasya sukan musim sejuk yang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan, antara 9 dan 25 Februari 2018. Dua calon lain yang memohon menjadi tuan rumah ialah Annecy, Perancis, dan Munich, Jerman. Pembida yang menang diumumkan pada 6 Julai 2011 oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), selepas Sesi IOC ke-123 di Durban.[3]Pyeongchang menang selepas membida tiga kali berturut-turut, selepas tewas tipis kepada Vancouver 2010 dan Sochi 2014. Ia merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk pertama di Korea Selatan dan Sukan Olimpik kedua selepas Sukan Olimpik 1988 di Seoul.[4]